Wednesday, October 24, 2018

Uji Bakat Pelakon Porno Jepun Di Malaysia? Ada Yang Berminat ?

Uji Bakat Pelakon Porno Jepun Di Malaysia? Ada Yang Berminat ?
KEKURANGAN pelakon lelaki dalam industri pornografi Jepun membuatkan syarikat pengeluar video pornografi mencari bakat baru lelaki di Malaysia.
Syarikat dikenali sebagai Tokyo Dreams itu dilaporkan akan datang ke Kuala Lumpur bagi menjalankan uji bakat untuk mencari bakat baru lelaki.
Sebelum ini, syarikat berkenaan dilaporkan pernah mengadakan ujibakat di Singapura dan berjaya menemui lima pelakon lelaki daripada 25 calon yang hadir.
Pengurus Studio syarikat itu, Shime Tashiaki dalam satu sesi temubual dengan Sunday Register berkata, pada masa ini pihaknya masih mencari lokasi yang sesuai untuk menjalankan ujibakat itu.
“Kami melihat beberapa pelakon hebat ketika uji bakat di Singapura dan menawarkan sebanyak lima kontrak kepada calon yang berjaya.
“Kami berharap untuk mencari pelakon berbakat di ujibakat kami di Malaysia yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Pada ketika ini kita masih dalam proses mencari lokasi yang sesuai,” katanya memetik laporan MalayMail Online.
Menurut laporan Press Union, uji bakat di Singapura sebenarnya dilakukan secara rahsia di mana pengeluar tidak mengumumkan masa dan lokasi namun ia tetap dihadiri oleh 25 orang calon.
Ujibakat di Malaysia pula menurut laporan itu akan mengikuti proses yang sama dan mungkin dirahsiakan kerana ia pasti akan menerima bantahan sekeras-kerasnya.
Berita mengenai ujibakat untuk video porno di Malaysia pernah dilaporkan beberapa tahun lalu namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar berlaku atau sebaliknya. – 

1 comment: